Welcome to Kelate Kito!

     Iklan A















RUANG IKLAN INI BOLEH DISEWA.


     Menu Web
· Depan
· ada
· AnF_Holidays
· Arkib Berita
· Beras Era
· Direktori_Perniagaan
· Farmasi Ehsan
· Hubungi Kami
· Jus_Tok_Guru
· Print Media Services
· Search
· Verns

     Page Hits
Web Ini Sudah Dibaca Sebanyak:
147131
kali sejak 1/1/2008

     RINTIHAN RAKYAT MALAYSIA















     Komuniti





















Kelantan Bloggers




     Humor


Klik pada gambar
untuk paparan lebih jelas

     Chat @ Sembang

     Radio Online



     Blog Ada Agency
SILA KLIK SINI

     Blogger Kelate


Click to join PerisikRakyat Click to join PerisikRakyat

     MEDIA UTAMA









     Cuti-Cuti Malaysia

SELAMAT DATANG KE KELATEKITO.COM - WEB PORTAL NEGERI KELANTAN DAN MALAYSIA



KELATEKITO.COM ADALAH SALAH SATU AHLI BLOGGERSNETWORK@MALAYSIA






JOM KITA PAKAT SEMBAHYANG DI MASJID MUKIM NILAMPURI,
NILAMPURI, KETEREH, KELANTAN.



SILA MASuK LAMAN ALTERNATIF KAMI  DI http://webpanas.blogspot.com/





 Husam Beri Pidato Umum di UMS

Surakarta, Indonesia- 13 Mac 2009 - Exco Kelantan, YB. Dato' Haji Husam Bin Musa hari ini memberi pidato umum di Universitas Muhamadiyah Surakarta bertajuk Peranan Partai Islam Dalam Percaturan Politik Antarabangsa. Pidato Umum yang berlansung di Dewan Seminar di kampus UMS itu adalah anjuran Universiti tersebut dan dihadiri oleh lebih 300 orang kakitangan akademik dan penuntut-penuntut ijazah lanjutan. Dato' Haji Husam yang merupakan Naib Presiden PAS berkata, Nabi Muhammad S.A.W adalah Nabi yang diutus untuk terlibat didalam semua lapangan kehidupan. Kesannya, umat manusia tidak perlu bertanya apa jawapan Islam dalam perdagangan, ekonomi, politik, kehakiman, hubungan antarabangsa dan hubungan dalam berumahtangga kerana Nabi Muhammad S.A.W telah telah terlibat secara langsung didalam semua aktiviti utama dalam kehidupan manusia. Bagaimanapun, penjajah yang menjajah bumi-bumi Islam, telah berusaha selama beberapa abad untuk memasukan ke dalam pemikiran penganut agama Islam di tanah jajahan mereka bahawa politik adalah sesuatu yang kotor lantaran ianya harus dijauhi. Lantaran politik harus dipisahkan dari agama. Husam Memberi Pidato Umum Husam mempertikaikan dakyah kolonial ini kerana sejarah Islam membuktikan bahawa Nabi Muhammad S.A.W dan beberapa Nabi sebelumnya telah terlibat secara langsung dalam politik. Husam yang juga Ahli Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata sejak 1990, Kelantan ditadbir oleh Parti Islam Malaysia dan di ketuai oleh seorang ulamak sebagai Menteri Besarnya. Namun begitu, masyarakat bukan Islam begitu sejahtera dibawah kepimpinan ulamak di Kelantan. Kepimpinan ulamak di Kelantan juga tidak langsung menyekat kebebasan beragama di kalangan yang bukan Islam dan ini boleh dibuktikan dengan bertambahnya rumah-rumah ibadat bagi bukan Islam sehingga ada yang sesetengahnya merupakan yang terbesar di rantau ini. Menurut Husam, di dalam Al Quran jelas diceritakan model-model pemerintahan dan sekali masyarakat bukan Islam menikmati pemerintahan bermodelkan Islam mereka pasti tidak akan menolaknya. Ini telah berjaya dibuktikan oleh Parti PAS dan kesanya ia mula meraih sokongan dari masyarakat bukan Islam di Malaysia. Sementara itu, didalam sessi dialog, Husam menegaskan bahawa sebuah Partai Islam tidak boleh semata-mata menumpukan kepada perjuangan politik, sebaliknya ia perlu aktif didalam hal ehwal kemasyarakatan secara menyeluruh.

Dikirim oleh asrol pada Saturday, 14 March 2009 (762 )
(comments? | Score: 0)

 Pakej RM60 bilion rangsang percaturan politik Umno - Dato Husam Musa

KOTA BHARU, 12 Mac (Hrkh) - Rangsang ekonomi negara atau menghalalkan kontrak tertentu yang tidak memerlukan proses tender terbuka, daripada pakej penyelamat RM60 bilion seperti diumum kerajaan semalam.

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, kalau tidak berkait dengan politik mengapa pakej rangsangan itu diumumkan menjelang Perhimpunan Agung Umno tidak lama lagi.

"Jadi jelas apa yang dilakukan bukannya semata-mata mahu memulihkan ekonomi negara sebagaimana didakwa," katanya sebagai mengulas mini bajet dibentang Menteri Kewangan, Dato' Seri Najib Razak di Parlimen semalam.

Empat teras ditetapkan pakej rangsangan ekonomi kedua iaitu RM2 bilion bagi mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan, RM10 bilion mengurangkan bebanan rakyat, RM29 bilion membantu sektor swasta dan RM19 bilion bina keupayaan masa depan.

Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri berkata, pakej rangsangan melalui pemberian kontrak pembangunan tanpa telus dikhuatiri menyubur lagi amalan kronisme.

Katanya, projek hanya diberikan kepada kroni-kroni tertentu sahaja yang mengakibatkan kos lebih tinggi berbanding harga sebenar.

"Kemungkinan akan berlaku ketirisan peruntukan disediakan kerajaan sehingga akan melemahkan ekonomi negara dan bukannya memajukan ekonomi,� ujarnya selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Selain itu katanya masalah juga timbul kerana kerajaan negeri tidak diberi peluang untuk mengambil bagi dalam menjayakan projek tertentu ditetapkan kerajaan pusat bagi merangsang pertumbuhan ekonomi.

Menurutnya kerajaan hanya mengekalkan kaedah projek pembangunan secara konvensional.

"Walaupun pakej itu nampak besar, namun ia belum mampu menjayakan tahap pembangunan seperti diharapkan, apa lagi mahu memulihkan ekonomi negara," katanya.

Husam mempersoalkan dari mana wang berkenaan akan dikeluarkan kerajaan bagi menjayakan pakej tersebut.

Oleh itu beliau mencadangkan kerajaan menyusun semula struktur ekonomi negara ekoran kegawatan ekonomi yang melanda sekarang dan bukan hanya mengumumkan jumlah angka tertentu semata-mata


Dikirim oleh asrol pada Thursday, 12 March 2009 (133 )
(comments? | Score: 0)

 Najib perlu selesai politik Perak sebelum ajak Pakatan pulih ekonomi - Tuan Guru

KOTA BHARU, 12 Mac (Hrkh) - Dato' Seri Najib Razak wajar menterjemahkan saranannya yang mahu Pakatan Rakyat mengenepikan perbezaan politik supaya terlebih dahulu memulihkan kegawatan politik di Perak.
    

Ini kerana Timbalan Perdana Menteri itu dilihat banyak pihak sebagai orang yang bertanggungjawab menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di luar lunas demokrasi.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pemimpin terbabit perlu mempamerkan keikhlasannya bagi meredakan kecamukan politik di Perak dengan memohon kepada istana supaya dibubar Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak.

Katanya, tiada cara lain lagi dalam situasi sekarang di Perak kerana pertembungan menggunakan undang-undang tidak boleh memuaskan hati semua pihak melainkan dikembalikan semula mandat kepada rakyat.

"Saya hairan kerana banyak pihak menunding jari ke arah Timbalan Perdana Menteri sebagai pencetus kepada krisis yang berlaku di Perak sekarang.

"Jadi bagaimana dengan mudah beliau mahu Pakatan Rakyat mengenepikan perbezaan politik bagi memberi fokus kepada perkembangan ekonomi dan rakyat," katanya di sini.

Semalam Najib dilaporkan mengajak Pakatan Rakyat mengenepikan perbezaan politik untuk bersama-sama kerajaan persekutuan memberi fokus kepada ekonomi dan rakyat.

Beliau mengajak semua pihak supaya berganding bahu dan berusaha gigih untuk mengembalikan ekonomi negara ke landasan pertumbuhan yang lebih kukuh dan mampan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, biarpun ucapan Menteri Kewangan ketika membentang mini bajet kelmarin kelihatan bernas, namun pemulihan politik di Perak patut menjadi keutamaan kerana ia turut memberi kesan kepada perkembangan ekonomi.

Menurutnya juga peruntukan yang disediakan bagi merangsangkan ekonomi negara begitu besar dan ia perlu digunakan secara telus dengan mengamalkan tender terbuka dan bukannya mengutamakan kroni.

"Semua tender projek kerajaan perlu dibuat secara terbuka, berasaskan merit, dan track record syarikat yang diberi kontrak kerajaan bagi memastikan ia mendatangkan manfaat kepada rakyat dan bukan segelintir pihak sahaja," katanya.

Mengenai bon syariat yang diumumkan dalam mini bajet tersebut bagi memperkasakan ekonomi Islam, kata beliau sepatutnya kerajaan melihat dalam konteks yang lebih luas mencakupi akidah Islam.

"Apa salahnya selain tumpuan kepada ekonomi Islam, kerajaan pusat juga mengutamakan akidah Islam sebagai dasar bagi memulihkan seluruh sistem dalam masyarakat termasuk aspek sosial dan keadilan di Malaysia," katanya.

Menurut beliau titik pertemuan tiga bangsa utama di negara ini iaitu Melayu, Cina dan India hanya dapat disatukan melalui akidah dan syariat Islam.

Kata beliau sekiranya kerajaan sukar untuk melihat contoh pelaksanaan pentadbiran berasaskan Islam, modelnya sudah ada di Kelantan sekarang.

Antaranya penghapusan judi, larangan hiburan melampau, sistem pajak gadai Islam (al Rahn), bantuan Ladang Rakyat, skim Takaful Armalah dan Takaful Kifaalah sudah dilaksana di Kelantan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, program kebajikan itu diterima semua kaum di negeri ini.

Katanya juga Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah mengagungkan sesuatu bangsa melainkan menjadikan Islam sebagai teras kepada perpaduan nasional dan keadilan sejagat.



Dikirim oleh asrol pada Thursday, 12 March 2009 (111 )
(comments? | Score: 0)

 SPM: Pelajar Maahad Perempuan dapat 20A

KOTA BHARU, 12 Mac (Hrkh) - Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bahru Kelantan, Nik Normadiha Nik Mohamad Kamal, 18 mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan.
    

Anak nelayan dari Kampunug Sabak, Pengkalan Chepa menerima slip keputusan tersebut daripada anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah di sekolah tersebut hari ini.

Dikirim oleh asrol pada Thursday, 12 March 2009 (135 )
(comments? | Score: 0)

 23 januari 2009 - KOTA BHARU - SOLAT HAJAT UNTUK PALESTIN

23 Jan 2009 / 27 Muharram 1470 Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, Kelantan
SOLAT HAJAT FOR PALESTINE jam 7.00 malam &
Saksikan pentomen "Kenapa Aku Dibunuh?"jam 9.00 malamfurther info and tentative : http://caknapalestin.blogspot.com

Dikirim oleh asrol pada Friday, 23 January 2009 (916 )
(comments? | Score: 0)

 Pakai Serban Pun Kena Penjara - malaysiakini

KOTA BHARU, 19 Jan (Hrkh) - Seorang pelajar pondok sanggup memilih untuk menjalani hukuman penjara daripada membayar denda RM90 setelah disabit bersalah kerana menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.

Sedangkan ketika ditahan polis beliau memakai serban.

Ahmad Nasir Darus, 27 memilih menjalani hukuman penjara selepas Majistret Tengku Amalin A'Ishah Putri memutuskan dikenakan hukuman denda RM90 atau menjalani hukuman penjara dua hari.

Bagaimanapun di atas alasan memegang prinsip demi mempertahankan sunnah Rasulullah saw beliau lebih sanggup ditahan di penjara

Keputusan itu dibuat majistret setelah meneliti keterangan pihak pendakwaan dan pembelaan serta hujahan bertulis yang dikemukakan.

Mahkamah mendapati pihak pembela gagal membuktikan keraguan yang munasabah dan tiada keterangan saksi-saksi lain yang dapat mengesahkan Ahmad Nasir seorang lebai.

Bagaimanapun pelajar pondok itu yang diwakili peguam Ahmad Rizal Effande Zainol memohon kepada mahkamah untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman tersebut bagi membolehkan rayuan dikemukakan di Mahkamah Tinggi.

Namun mahkamah menolak permohonan peguam dan mengekalkan keputusan asal. Pendakwaan kes tersebut dikendalikan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Mohd Yusri Mamat.

Ahmad Rizal ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu beliau menyerahkan kepada anak guamnya untuk memilih sama ada ingin membayar denda atau sebaliknya.

Katanya, anak guamnya merasakan dirinya tidak bersalah kerana ia hanya mempertahankan sunah Rasulullah saw dengan memakai serban.

Oleh itu beliau akan memfailkan permohonan rayuan ke Mahkamah Tinggi dalam masa terdekat.

"Saya akan membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi bagi dijadikan bahan akademik dan rujukan kerana terdapat kekaburan pada istilah 'lebai' dalam peruntukan undang-undang," katanya.

Perkarangan mahkamah dipenuhi hampir 100 rakan Ahmad Nasir yang datang untuk memberikan sokongan moral.

Pada 20 September dua tahun lalu Ahmad Nasir disaman di Jalan Pasir Tumboh atas kesalahan menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar sebaliknya memakai serban.

Beliau disaman kerana melakukan kesalahan yang bertentangan dengan Kaedah 4 Motosikal (topi keledar keselamatan) 1973 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dibaca bersama dengan Seksyen 128(1) akta yang sama.

Ketika dihadapkan ke mahkamah pada 4 November 2007 beliau membuat pengakuan tidak bersalah serta mohon dibicarakan.

PS :Pikir-pikirkan...POLis / mahkamah = YAHUDI


Dikirim oleh asrol pada Tuesday, 20 January 2009 (229 )
(comments? | Score: 0)

 Royalti Minyak masih persoalan besar kepada pengundi KT


 KUALA LUMPUR, 14 Jan (Hrkh) - PAS melahirkan rasa kesal dengan sikap kerajaan Barisan Nasional (BN) terutamanya kerajaan negeri yang hanya mengggangap isu royalti minyak ini sudah selesai dengan pembayaran yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa menyatakan, apa yang PAS tentang ialah persoalan pemberian wang yang tidak mengikut prosedur.

"Apa yang kita bangkitkan mengenai isu royalti ini adalah cukup jelas.Sebagai negeri yang ada pulangan yang kedua tinggi di Malaysia dalam konteks royalti minyak ini. "Namun apakah rakyat pastinya keadaan negeri ini dari segi pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat?," katanya dalam satu sidang media baru-baru ini. Hakikatnya di Terengganu ini khususnya di Kuala Terengganu tidak menerima manfaat daripada royalti minyak yang kononnya telah dibatay kepada kerajaan yang ada hari ini, kata Nasharudin. Walaupun Kuala Terengganu telah diisytiharkan sebagai bandaraya, tetapi jika lihat prasarananya, keadaan hidup orang kampung dan sekeliling tidak melambangkan langsung seperti mana keadaan gambaran sebuah bandaraya, ujar Nasharudin. Sebab itu PAS mahu Petronas kembalikan royalti itu kepada rakyat secara tepatnya untuk kepentingan rakyat itu sendiri, katanya. "Walaupun royalti telah dibayar sekalipun kini pembangunan infrastruktur yang dibuat adalah secara umum yang sebenarnya tidak dapat dinikmati oleh rakyat yang sebenarnya," katanya. "Apa yang pasti RM7 bilion yang diumumkan dan diumum di sini RM4 bilion yang telah diperolehi ini sendiri pun ada jurang yang besar dan ini pun timbulkan persoalan," ujarnya.

Dikirim oleh asrol pada Thursday, 15 January 2009 (154 )
(comments? | Score: 0)

 Dari Penyamun untuk Penyamun , Rakyat Pi Mampuih


Dikirim oleh asrol pada Thursday, 15 January 2009 (128 )
(comments? | Score: 0)

 Risalah PAS dicetak rompak UMNO

KUALA TERENGGANU, 14 Jan - Musuh politik PAS meneruskan agenda jahat mereka dengan mengeluarkan 'buletin KUALA palsu' yang dikeluarkan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu. Dalam sidang akhbarnya hari ini, Pengarah Operasi Pilihanraya Kuala Terengganu, Dato' Wan Mutalib Embong menunjukkan bukti kejahatan pihak tertentu yang ingin mengaburi mata pengundi dengan mencetak Buletin KUALA, risalah rasmi PAS.  Buletin KUALA edisi 3 telah dicetak dan disebarkan oleh mereka dengan isinya yang jelas mengutuk pembangkang dan menipu rakyat. Antara perbezaan buletin palsu dengan yang asal adalah: 1- Tiada tanda pangkah (X) di tepi logo PAS di penjuru atas risalah tersebut.
2- Isi dalam risalah tersebut berbeza daripada risalah asal.
3- Jarak antara huruf-huruf perkataan 'KUALA' dekat antara satu sama lain.
4- Tajuk, isi dan gambar yang terdapat dalam buletin itu jelas memfitnah dan mencemarkan nama baik pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat.

Harapan kami agar berita ini disebarkan sesegera mungkin dan walau siapa pun yang membuat angkara ini akan menerima pembalasan yang sewajarnya daripada Allah SWT.

Awas! sesi pembohongan dari pihak ini yang pasti akan diteruskan sepanjang kempen pilihan raya ini. Rakyat akan dihalang dari mendapatkan maklumat dan informasi yang benar dan telus.
Gambar boleh ditengok di SINI (WEBPANAS)

Dikirim oleh asrol pada Thursday, 15 January 2009 (162 )
(comments? | Score: 0)

 'Hendak ke mana dari mana' tanya polis - malaysiakini

Awas, apabila melintasi sempadan ke Terengganu anda terpaksa melalui sekatan jalan raya di beberapa tempat.

Soalan pertama yang akan ditanya anggota polis yang berada di sekatan itu 'encik hendak ke mana, dari mana dan kenapa'.

Bagi mereka yang datang dari Kota Bharu akan berdepan dengan sekatan jalan raya di sempadan Pasir Puteh - Besut dan satu lagi di Bari, Penarik.

Anggota polis yang bertugas di Besut lebih nampak sopan biar pun menanyakan soalan yang sama. Lebih mengejutkan di Bari apabila gaya soalan yang diajukan agak keras.

Seorang pegawai kerajaan dari Kelantan yang enggan dikenali tidak berpuas hati dengan tindakan anggota polis tersebut seolah-olah sudah diarah membaca skrip soalan yang sama.

"Tidak sepatutnya polis menanyakan kita hendak ke mana dan apa tujuan. Cara itu menambahkan lagi kecurigaan orang ramai terhadap kehadiran begitu ramai anggota polis di Kuala Terengganu sekarang.

"Kalau nak tanya pun biarlah sopan sikit. Tidakkah slogan polis 'Tegas, Adil, Berhemah' sudah elok kalau dipraktikkan secara jujur," katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya dengan perlakuan demikian anggota polis terbabit seolah-olah mengenepikan slogan berhemah yang cuba diterapkan kerajaan.

Isu membabitkan polis menjadi fokus utama pada pilihan raya kecil parlimen KUala Terengganu apabila kehadiran mereka agak luar biasa.

Ramai berpendapat tidak pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya kecil begitu ramai sekali anggota polis yang dikerah bertugas.

Orang ramai yang pertama kali datang ke Kuala Terengganu tidak sukar untuk melihat penempatan-penempatan sementara yang dibina lengkap dengan sistem penghawa dingin.

Deretan kenderaan polis sama ada motosikal, kereta peronda, van, dan lori boleh dilihat di kiri kanan jalan berhampiran khemah tersebut.

Penjelasan yang cuba diberi Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Albar kehadiran ramai polis hanya bagi menjaga keselamatan agak sukar diterima orang ramai.



Dikirim oleh asrol pada Thursday, 15 January 2009 (147 )
(comments? | Score: 0)

 Najib dedah sifat-sifat keji orang UMNO sekarang dan yang ada pada Wan Farid

Oleh Mummy Rokiah

 1. BERLAGAK. NAIK KERETA MEWAH. BERLAGAK TUAN KEPADA RAKYAT.

"Jangan berlagak... naik kereta mewah dan jangan berlebihan (ketika bertemu pengundi). Pegang kepada satu prinsip bahawa kita hamba kepada rakyat, itulah anak kunci kepada kejayaan BN” kata Najib.

2. TAK MESRA RAKYAT. SALAM TAK TENGOK MUKA. SALAM PILIH-PILH ORANG.

"Sebab itu, saya minta pemimpin yang turun padang supaya mesra rakyat," katanya "Kalau salam, tengok muka. Sebab itu saya ingatkan calon kita supaya kalau bersalam bukan hanya di depan pintu, tetapi kalau ada orang dalam rumah dan di dapur salam semua” kata Najib.

3. SALAM TAK IKHLAS KERANA NAK MENANG PILIHANRAYA SAHAJA. BERSIKAP ELIT.

"Biar pun dia kena salam sehingga 200,000 orang, asalkan kita (BN) menang. Ini (salam) bukan adab orang bandar, orang elit tetapi adab orang kampung. Itu cara kita berkempen," katanya.

4. BILA NAK PILIHANRAYA BARU NAK MESRA RAKYAT.

Najib yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata parti itu memilih tema "mesra rakyat" dalam kempen mereka kerana konsep tersebut sebenarnya dapat memenangi hati rakyat.

5. LUPA DARATAN. TAK BERADAP DI KAMPUNG.

Timbalan Perdana Menteri berkata masyarakat di Kuala Terengganu berbeza dengan masyarakat bandar lain kerana mereka masih berpegang kuat kepada adab kampung.

6. ANGKUH DENGAN KEKAYAAN. ANGKUH DENGAN KELULUSAN. TAK BERBUDI BAHASA.

Katanya masyarakat di sini, tidak melihat kepada kekayaan atau kelulusan seseorang pemimpin itu, sebaliknya nilai yang tinggi kepada budi bahasa.

KOMEN:

UMNO nampaknya dah makin parah. Ciri-ciri asas sebagai wakil rakyat dan budi bahasa pun kena diajar kembali kerana kurang ajar. Kita tidak faham bagaimana UMNO memilih calun yang sebegini teruk untuk bertanding dalam pilihanraya Kuala Terenganu.

Sekarang ini nampaknya rakyat tidak bodoh dan tidak mudah dipancing dengan projek. Bawalah projek berjuta ringgit pun tetapi kalau sikap wakil rakyat UMNO menyombong dan tak berubah, rakyat akan tetap tolak UMNO.

Nampaknya pilihanraya Kuala Terengganu menghadapi krisis personaliti calun bukannya masaalah pembangunan atau hudud.

http://mummyrokiah.blogspot.com/

Dikirim oleh asrol pada Thursday, 15 January 2009 (108 )
(comments? | Score: 0)

 JPN-SPR sekongkol? - Najib berdolak dalih


 KUALA TERENGGANU: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menafikan dakwaan PAS bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini bersekongkol untuk menyediakan 'pengundi hantu' menjelang hari pengundian Sabtu ini.

Beliau sekeras-kerasnya menolak dakwaan PAS yang dibuat pagi ini. "Tiada sama sekali pengundi hantu," kata beliau selepas merasmikan Seminar Kesedaran Alam Sekitar di sini hari ini.

Kata beliau, pembangkang tidak pernah mengatakan tentang kewujudan pengundi hantu jika mereka memenangi pilihan raya.
"Tak ada, tak ada pengundi hantu... setiap kali pilihan raya sibuk pengundi hantu, kalau dia menang senyap.
"Bila dekat pilihan raya timbul lagi, bila dah menang senyap... itu perkara biasa," kata beliau sambil menambah bahawa "itu taktik pembangkang."
Ketika ditanya tentang dakwaan PAS bahawa Pejabat Pendaftaran Negara Terengganu dibuka sehingga pukul 10 malam untuk tujuan tersebut, Najib berkata: "Tidak, tidak, tidak."
Terdahulu pada sebelah pagi tadi, PAS menggesa SPR menggugurkan Datuk Mat Razali Kassim daripada terus menguruskan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu atas alasan Pengurus Pilihan Raya itu telah 'menyalahgunakan' kedudukan beliau untuk mempengaruhi kakitangannya supaya mengundi Barisan Nasional (BN).
Selain itu, PAS juga mendakwa SPR sedang bekerjasama dengan JPN dalam usaha menyediakan 'pengundi hantu' sebelum hari pengundian pada 17 Januari ini.
Dakwaan pembangkang bahawa BN menggunakan jentera dan mempengaruhi kakitangan untuk mengundi calonnya, Najib yang juga Timbalan Pengerusi BN memberitahu: "Kita tak paksa sesiapa."
Sebaliknya, jelas beliau, adalah menjadi tugas pihaknya sebagai kerajaan untuk menemui pegawai dan kakitangan kerajaan.
Bagaimanapun jelas Najib, kakitangan awam bebas untuk mengundi sesiapa dalam pilihan raya kecil ini.
"Kita cuma menerangkan dasar kerajaan sahaja," katanya.

Dikirim oleh asrol pada Thursday, 15 January 2009 (91 )
(comments? | Score: 0)

 Orang Asli lagi bijak dan berani

" Saya menjadi Pengarah Pilihan Raya Pas Tampin dua kali iaitu pada PRU 2004 dan 2008. Antara tempat tumpuan kami berkempen ialah di Kampong Raja, berhampiran Felda Pasir Besar, Gemas. Majoriti penduduk di sini ialah orang Melayu yang berasal dari keturunan orang asli yang memeluk Islam. Rasanya mereka sudah 2 generasi tetapi wajah mereka masih lagi berwajah seperti orang asli asal kerana mereka tak mengamalkan kahwin campur kot. Ha ha.


Yang saya nak ceritakan ialah orang asli di sini lebih bijak dan berani berpolitik dari orang Melayu Negeri Sembilan dan NGO Melayu di Malaysia. Apabila mereka meneroka tanah disini dan tidak dapat geran tanah walaupun sudah berpuluh tahun, maka mereka menjemput Yam Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Jaafar untuk merasmikan kampong ini dan dinamakanlah kampong Raja. Tak dapat tidak terpaksalah Isa Samad yang jadi MB ketika itu memberi geran kepada peneroka tanah di kampong ini. Tak perlu pun tubuh cawangan Umno.

Setiap kali pilihan raya, penduduk Kampong Raja akan menjemput Pas mengadakan ceramah di sini. Meriah sekali kempennya, cukup makan minumnya sekali. Tak payah pun kena sponsor macam di kawasan Melayu lain. Hebat kan.

Apa yang mereka dapat? Mereka tunjukkan sokongan kepada Pas untuk mengugut BN agar membuat jalan dan jambatan yang sempurna serta lampu jalan di dalam kampong mereka. Taktik mereka sentiasa berjaya. Tak payah pun tubuh cawangan Umno di sini. Undi Pas pun hebat juga di sini.

Saya teringat cerita ini apabila saya melihat NGO Melayu yang memperjuangan pemansuhan PPSMI tidak melibatkan Pas secara afgresif. Mereka tak mahu melibatkan Pas supaya tak mahu dilihat pro pembangkang, tak mahu isu ini dipolitikkan dan tak mahu Pas lead isu ini. Masyaallah, orang asli Kampong Raja lebih bijak dan berani lagi....

www.sokongpr.blogspot.com
"


Dikirim oleh asrol pada Thursday, 25 December 2008 (139 )
(comments? | Score: 0)

 Hukum Hudud....Apa Kena Dengan UMNO?

"Baru-baru ini saya terbaca dan melihat beberapa keritikan yang diberi berhubung dengan hukum hudud.

Ada yang kata UMNO ni tak pernah baca Al-Quraan kerana cuba memancing PAS untuk melaksanakan HUKUM HUDUD jika dapat memerintah. Kita telah maklum bahawa PAS memerlukan satu jangkamasa yang panjang untuk mengambilalih negara ini. Kerana apa saya katakan bagini?..


Kalau kita lihatkan PAS pada dasarnya (Perlembagaan) memperjuangkan Agama Islam, UMNO pun sama kerana mereka adalah terdiri daripada orang-orang Islam. Perlembagaan Parti itu mungkin tidak ada menyatakan ini tetapi dalam hati setiap mereka tetap menyanjung Islam adalah agama yang benar dan diredza oleh Allah Subahanawataalla. Ini kita jangan nafikan.

Sekiranya Hukum Hudud dilaksanakan semua kita orang Islam menerimanya. Kerana kita orang Islam dan ini adalah hukum Allah bukan hukum ciptaan PAS atau UMNO. Mengapa perkara ini kita suka sangat menimbulkan perdebatan sehingga menimbulkan kekeliruan sesama kita.

Banyak lagi yang kita kena lihat disekeliling kita orang Islam. Kononnya kita mendabit dada bahawa aku orang Islam yang lebih baik dari yang lain sedangkan dikalangan kita menyokong kebatilan dan amalan akhlak yang kotor dan menyokong pencerca sahabat-sahabat Nabi SAW. Sekiranya inilah tingkah laku kita, saya rasa saudara-saudara ku dalam PAS elok pergi sendiri dan lihat apa terjadi di Iraq dan Iran. Saya rasa saudara dikalangan UMNO pun sama kita jangan sombong dan angkuh apabila berkuasa. Utamakan kepentingan rakyat dari kepentingan diri, kroni, anak menantu dan sebagainya.

Bagi saya tiada lebihnya PAS atau UMNO, kerana kedua-dua parti ini bersaing untuk mendapatkan kuasa. Apabila berkuasa seru manusia kepada Allah dan bukan kepada Dunia atau kuasa yang ada pada kita.

PAS dan UMNO sama kerana mereka adalah Islam dan mereka mencitai Allah dan Nabi SAW, kaum kerabatnya, sahabat-sahabat Nabi SAW.


Sekian dulu, kita tunggu PRK kuala Terangganu........


Dikirim oleh asrol pada Thursday, 25 December 2008 (109 )
(comments? | Score: 0)

 Selamat Hari Natal - Maulud Nabi Isa dari Nazareth, Palentin

selamat hari natal diucapkan kepada para penganut agama kristian dan ahlul kitab
Selamat Hari Natal - Maulud Nabi Isa dari Nazareth, Palentin dari kelatekito.com

Dikirim oleh asrol pada Thursday, 25 December 2008 (120 )
(comments? | Score: 0)

 PERTEMUAN KHAS BLOGGERS DENGAN TOK GURU NIK AZIZ

Bloggers Network @ Malaysia akan mengadakan perjumpaan Khas bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan. Kehadiran hanya terhad kepada 20 Orang sahaja.

Tarikh: 20 Disember 2008 (Sabtu)

Tempat : Masjid Wakaf Berangan, Pasir Puteh, Kelantan.

Waktu : 10 pagi.
 
Tok Guru Nik Aziz sebagai seorang pemimpin yang disegani oleh kawan dan lawan serta dihormati oleh semua bangsa di negara kita dan seluruh dunia. Marilah kita jumpa dia sebab dia dah setuju peruntukkan masa dia untuk kita. Sayapun tak tau macam mana dia boleh setuju. Lepas subuh tadi saya dapat SMS. Dia hadkan 20 orang saja. Kalau para sahabat nak datang tolong bagi tahu saya nama ye atau SMS saya secepat mungkin sebab saya nak bagi kepada S/U dia.
 
Berminat, Sila hubungi kami : Professional / Blogger yang serius sahaja.

"Kejayaan itu dicipta oleh insan biasa yang berusaha
 secara luar biasa"
 
RAJA SHAMRI BIN RAJA HUSIN
Principal Consultant
Golden Minds Consultant Sdn. Bhd.
Lot 11 Tingkat 4 Kompleks Niaga Tabung Haji
Jalan Dato' Pati 15000
Kota Bharu Kelantan.
 
 H/P: 013-9617103
web : http://www.goldenminds.net
- Bloggers Network @ Malaysia

Dikirim oleh asrol pada Thursday, 18 December 2008 (259 )
(comments? | Score: 0)

 Akibat sibuk berpolitik anak muda terbiar.

Allah SWT telah sempurnakan kejadian semua makhlukNya.Setiap makhluk dijadikan Nya mengikut fitrah kejadiannya, mempunyai peranan masing - masing didunia ini. Manusia pula mengambil peranan sebagai khalifah diatas muka bumi.Pelbagai nikmat serta sifat kejadian makhluk yang paling sempurna dianugerahi oleh Tuhan semesta alam . Nikmat usia muda adalah paling manis dalam kehidupan setiap insan. Ketika muda belia tubuh sasa, keinginan pelbagai pelbagai perasaan.Hambatan perasaan yang membara , harapan dan cita - cita yang menggunung, semangat membara rela berkorban walau tanpa dipinta. Sepatutnya dialam usia sebeginilah pemuda diberi perhatian kerana pakej yang ada ketika usia muda amat bermakna kepada agama dan umat. Sabda baginda Rasullulah: " Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara: Muda sebelum tua mu, sihat mu sebelum sakitmu,kaya mu sebelum papa mu, hidup mu sebelum mati mu, masa lapang sebelum kamu sibuk ". ( Hadis daripada Ibnu Abbas riwayat Al- Hakim ). Dalam mengharungi hidup hari ini kita sudah dan sedang menyaksikan muda - mudi Islam hanyut. Anak - anak gadis yang hilang kehormatan , bayi - bayi yang dihumban dijalanan, dan pelbagai adunan masalah yang sukar kita gambarkan. Anak - anak tanpa pedoman daripada ibubapa akan hilang haluan, begitu juga rakyat tanpa tuntunan pemerintah mereka juga akan hanyut dilambung ombak kehidupan. Tanggungjawab pemerintah terhadap masyarakat adalah merupakan antara satu kewajipan yang berat lagi bahaya .Dimana ia perlu diberi perhatian siang dan malam.Orang yang peka akan melihat dengan penuh teliti bagaimana umat anak - anak muslim kini . Kelihatannya kini anak - anak umat Islam begitu tercalar akibat daripada perbuatan mereka sendiri. Mungkin mudah untuk menuding jari. Ibubapa salahkan guru , pembangkang salahkan kerajaan , kerajaan pula salahkan masyarakat , agamawan salahkan orang awam, orang ramai pula salahkan agamawan . Saling " bangau " mem "bangau "antara satu sama lain . Jadi siapakah sebenarnya yang bersalah ?. Masalah krisis akhlak tidak mengira batasan .Anak seorang ustaz atau orang awam bukanlah ukuran mutlak.Antara anak ahli masjid atau pun tidak risiko untuk terjebak adalah tidak mustahil. Terkini ancaman arak' thai song ' yang menjadi bahan khayal alternatif bagi golongan pemuda dan remaja .Harganya yang murah sekitar dibawah paras RM 4.00 berlambak dipasaran. Penjualannya semakin meluas tanpa pantauan dan penguatkuasaan. Ini adalah antara contoh dari pelbagai masalah keruntuhan akhlak anak - anak remaja kini. Rakyat teramai mahukan perubahan .Mereka sudah bosan dengan lontaran masalah yang tidak pernah berkurangan . Apakah kita ketandusan peranan dalam membina atau mencorak persekitaran ? . Negeri - negeri yang yang dikuasai oleh PR perlu lebih menunjukkan teladan kepada BN. Jika selama ini kita berada didalam ' comfort zone ' sebagai pembangkang kini sudah mentadbir negeri . Harapan rakyat mahu melihat dan merasa perbezaan persekitaran yang terjamin dan jauh selamat . Keadaan pemuda dan pemudi pada hari ini adalah gambaran pemimpin pada masa hadapan.Setuju atau pun tidak kita juga mempunyai ' saham 'nya jika tidak berbuat yang sepatutnya. Setiap kita adalah pemimpin , yang pasti kita akan dipertanggungjawabkan oleh ALLAH atas apa - apa yang kita pimpin. Janganlah fokus kita hanya memenangi pilihanraya .Tugasan yang lain terlalu banyak menanti .Sembang politik sana -sini tidak mencukupi, gerak kerja kemasyarakatan yang amat ditagih . Masalah ummah dihadapan mata dibiarkan bagai menepis lalat hinggap dihidung.Semut seberang laut dapat dilihat, gajah dihadapan mata tidak nampak. Bangunlah wahai pemimpin negeri,pemimpin parti pemimpin masyarakat , pemimpin keluarga ! ... Hargailah anak - anak bangsamu ....!

Dikirim oleh asrol pada Wednesday, 17 December 2008 (132 )
(comments? | Score: 0)

 Apakah perasaan rakyat Melaka?


 Akhirnya `daulat' Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat terserlah.  Siapa boleh menjangkakan bahawa Ketua Menteri Melaka Ali Rustam `menyembah' lutut MB Kelantan ?  Ini telah berlaku, Ketua Menteri Melaka telah pun `menjilat ludah'nya kembali dengan menarik balik larangan melawat Kelantan ke atas kakitangan awam Kerajaan Negeri Melaka.  Begitulah hebatnya berkat kesabaran Tuan Guru MB Kelantan sehinggakan menghilangkan rasa malu, aib dan ego Ketua Menteri Melaka ini

Setelah Ali Rustam mencipta sejarah tersendiri apabila Shah Rukh Khan dikurniakan pingat baru-baru ini, kini Ali Rustam menjadi tumpuan apabila secara tiba-tiba merasakan Kelantan begitu penting baginya.  Selama 8 yahun sebelum ini, sedikit pun Tuan Guru MB Kelantan tidak mengeluh atau Kerajaan Negeri Kelantan rugi dengan tindakan bodoh calon Timbalan Presiden UMNO itu.  Kita semua tahu betapa Ali Rustam begitu anti dengan Parti PAS dan kita masih ingat suatu ketika beliau pernah menggelar Presiden PAS Tuan Guru Hj Hadi dengan gelaran `Dajal' sewaktu beliau berceramah bersebelahan dengan tempat ceramah Tuan Guru Hj Hadi di Melaka.  Tetapi kini, tanpa rasa segan serta mengenepikan maruah dirinya beliau sanggup `berlutut dan menyembah' di bumi Kelantan. 
 
     Apakah motif beliau menarik balik larangan bodoh tersebut ?  Kita semua mungkin tidak tahu apa yang tersirat di dalam kepala otak Ketua Menteri ini.  Tetapi apa yang kita tahu, sokongan perwakilan dari Bahagian-Bahagian UMNO di Kelantan amat berharga buat Ali Rustam.  Beliau akan bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO dan jawatan itu jauh lebih penting dari maruah beliau.  Beliau tidak peduli samada rakyat di Melaka, Kelantan atau seluruh Malaysia akan ketawa dengan gelagatnya.  Inikah mentaliti Ali Rustam yang ahli UMNO ingin tabalkan sebagai Timbalan Presiden UMNO atau Timbalan Perdana Menteri ?  Saya yakin ahli UMNO khususnya Perwakilan UMNO di Kelantan tidak sebodoh yang dijangkakan.  Kecerdikan ahli-ahli PAS sedikit sebanyak berjangkit juga kepada ahli-ahli UMNO di Kelantan. 
 
      Hakikatnya Ali Rustam menyedari bahawa larangannya sebelum ini ke atas kakitangan awam negeri cuma di atas kertas sahaja.  Larangan tersebut dipandang sinis dan lucu oleh kakitangan kerajaan negeri beliau sendiri.  Kelantan tetap menerima kehadiran rakyat dari Melaka termasuk kakitangan Kerajaan Negeri Melaka sendiri. Lawatan ke Kelantan tiada kena mengena dengan politik dan tidak mengurangkan sedikit pun tanah di Melaka dan tidak juga menambahkan tanah di Kelantan. Rupa-rupanya `waris' Pahlawan Hang Tuah ini akhirnya rebah tersungkur di depan Tuan Guru.  Syabas, satu kemenangan besar buat rakyat Kelantan.  Bagaimana agaknya perasaan rakyat-rakyat di Melaka pula ?

Dikirim oleh asrol pada Wednesday, 17 December 2008 (97 )
(comments? | Score: 0)

 Tarian "Subjek Baru Sekolah Rendah??? -- SATU USAHA YAHUDI

PHP-NukeIlmu komunikasi pelajaran berteras kesenian diperkenal di sekolah rendah

KUALA LUMPUR: Beberapa mata pelajaran bersifat akademik di sekolah rendah akan digugurkan dan digantikan subjek baru yang memberi penekanan terhadap latihan amali selaras dengan transformasi sistem pendidikan yang akan dilaksanakan mulai 2010.

Mata pelajaran baru yang akan diperkenalkan termasuk komunikasi dan subjek berteras kesenian, seperti drama serta tarian.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata kementerian bagaimanapun belum memuktamadkan mata pelajaran yang akan digugurkan kerana kajian mengenainya masih dijalankan.

"Ia akan dimuktamadkan tidak lama lagi. Langkah memperkenalkan subjek baru bersifat praktikal ini bertujuan menilai kebolehan pelajar secara lebih menyeluruh serta adil dan bukannya berdasarkan peperiksaan semata-mata.

"Ia bagi menyamaratakan peluang antara pelajar bandar dan luar bandar mencapai kecemerlangan lebih seimbang, selain memastikan pelajar seronok mengikuti pembelajaran serta tidak dibebani pelajaran tidak perlu," katanya kepada Berita Harian, semalam.

Beliau mengulas pengumuman Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Dewan Rakyat, Khamis lalu, mengenai transformasi pendidikan pada peringkat sekolah rendah yang bakal dirintis mulai 2010.

Hishammuddin berkata, rombakan yang menjadi sebahagian agenda utama Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) itu akan diteliti pihak berkepakaran secara holistik dan antara aspek ditekankan ialah mengenai sejarah negara.

Mengulas lanjut, Alimuddin berkata, kementerian juga akan menggubal buku teks baru serta sukatan kurikulum yang lebih relevan.

Katanya, ketika ini sistem pendidikan sekolah rendah menyenaraikan terlalu banyak mata pelajaran dengan hampir semua subjek teras, wajib dan tambahan bersifat akademik semata-mata.

Alimuddin berkata, transformasi yang dilakukan itu bukan saja akan memberi wajah baru kepada sistem pendidikan rendah negara, malah bakal memupuk bakat serta kecenderungan pelajar yang tidak terhad kepada akademik semata-mata.

"Objektif utama transformasi ini adalah bagi menghasilkan modal insan yang mempunyai lebih ketrampilan, daya saing dan keyakinan diri yang tinggi, di samping mampu menempatkan diri mereka dalam suasana dunia lebih mencabar nanti.

"Oleh itu, penggunaan sistem penilaian berdasarkan Nilai Gred Purata Komulatif (CGPA) atau sistem pengumpulan mata seperti dilaksanakan institusi pengajian tinggi (IPT) akan diperkenalkan mulai 2010 dengan markah yang diperoleh murid dari Tahun Satu hingga Enam dikumpul dan dikira bagi menentukan pencapaian pelajar," katanya.

Beliau berkata, kementerian sudah memulakan projek perintis bagi memperkenalkan transformasi itu di 50 sekolah rendah terpilih sejak pertengahan tahun ini, manakala 500 sekolah lagi akan memulakan program itu mulai tahun depan.

"Walaupun program perintis sudah dilaksanakan di sekolah terpilih, ia hanya membabitkan sebahagian transformasi yang digariskan dan segala kelemahan yang dikesan akan diperbaiki sehingga ia dilaksanakan di semua sekolah mulai 2010," katanya.

Alimuddin berkata, modul latihan di institut pendidikan guru (IPG) juga dirombak selaras dengan perubahan itu. - Berita Hairan.


Nota : Bagus.dan syabas Kementerian Pelajaran Malaysia dan UMNO/BN ,,satu usaha untuk memupuk dan mewujudkan masyarakat JAHILIYAH di kalangan kanak-kanak dan muda-mudi DI BAWAH ISLAM HADHARI NAJIB GLOKAL.


Ya, apa kata buat lagi satu subjek, iaitu Subjek Islam Hadhari dan Islam GloKAL.IMPORT GURU-GURU DARI ISRAEL.

MALAYSIA JAHILIYAH, ISLAM HADHARI MALAYSIA GLOKAL


SEMOGA ALLAH MELAKNAT MEREKA YANG ZALIM.




Dikirim oleh asrol pada Tuesday, 16 December 2008 (168 )
(comments? | Score: 0)

 Berapakah nilai RM2.7 juta?

Kalau korang bandingkan RM2.7 juta dengan RM1.8 juta, memang lah nilai RM2.7 lebih tinggi. Apa itu RM2.7 juta? Itu adalah jumlah kos belian kenderaan berjenama Camry yang akan di beli oleh Kerajaan Negeri Perak tanpa tolak cukai. Rujuk SINI

Wah pandai anak murid cikgu. Tahniah ... esok boleh beli gula gula. Wakakaka
Ok ....... kita anggarkan, kenderaan Camry tu akan di gunakan untuk 5 tahun atau lebih.

Sekiranya kereta itu di gunakan di dalam tempoh 5 tahun, kita bahagikan jumlah tersebut dengan jumlah tahun, maka kita dapat belanja kos belian menjadi RM540,000 setahun.

RM540,000 setahun kita bandingkan dengan RM2.5 juta setahun, mana banyak?

Tentulah RM2.5 juta itu lebih banyak dan tahu kah anda apa yang di maksudkan dengan RM2.5 juta itu? Ia adalah kos senggara rumah Pak Lah di putra jaya. KLIK SINI.

Itu baru kos senggara rumah, belum yang lain lain lagi. So ... .apa lah nilai RM2.7 juta itu berbanding dengan belanja yang korang keluar untuk rumah pak Lah ... wakakakak ...
Soal patriotik pulak ... cuba bandingkan dengan Kereta kerajaan Negeri Sarawak. Rolls royce, bmw, jaguar dan macam macam lagi. Uhhhh ... patriotik sungguh kerajaan Sarawak.

Weyyyy ... .sudah la jangan bodohkan rakyat sampai cam tu. Korang jealous ke? Kalau tak jealous, korang jangan pakai kereta luar. Beli lah kereta Proton. Kitorang tak kesah pun.

Cuma kalau nak patriotik ... suruh menteri jual kereta mewah diorang dan ganti dengan kereta Proton. Mahu ke dak?

Soal patriotik tak ada kaitan antara duit sendiri atau kerajaan, ia adalah jenama barangan itu sendiri. Kalau duit sendiri pun kalau beli kereta luar, dikira tak patriotik jugak ... wakakakak



Dikirim oleh asrol pada Tuesday, 16 December 2008 (96 )
(comments? | Score: 0)

 PRK P 36 :Taktik Awal UMNO Sudah Dibaca...

Assalamualaikum,,..
Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,..

Ketika mengumumkan tarik pilihanraya kecil P 36, Kuala Terengganu, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar antara lain menyebut bahawa dakwat tidak mudah padam di jari pengundi, seperti yang pernah dijanjikan akan diamalkan oleh SPR, tidak akan dilaksanakan dalam pilihanraya ini.

Gambaran awal bagaimana SPR akan berusaha menentukan keputusan PRK nanti.Taktik sebegini mudah dibaca.

Nampak sangat SPR berbelit dalam memberi alasan ini kerana semasa PRU dulu, SPR menggunakan alasan bahawa ada pihak menyeludup dakwat tersebut tetapi kali ini, tidak mudah padam di jari pengundi pula dijadikan alasan.

Yang bolih kita jangkakan dengan keputusan tidak menggunakan dakwat kekal ini ialah adanya unsur unsur pengundi yang mengundi lebih dari sekali dalam PRK nanti.Daftar undi yang bakal digunakan kelihatan seperti telah dibersihkan tetapi dengan ketiadaan dakwat kekal ini, kelibat "hantu tempatan" kemungkinan masih ada.

UMNO dan SPR cukup tahu bagaimana kecilnya perbezaan undi yang bakal diperolehi olih calon yang bertanding dan sekiranya pengundian diadakan secara bersih dan adil, ada kemungkinan calon mereka akan tewas walaupun dengan majoriti yang kecil.

Untuk itu, mengujudkan "hantu hantu tempatan" adalah pilihan yang bagus bagi mereka kerana hantu hantu tempatan ini telah terbukti berkesan di Besut pada dua PRU yang lalu.Istilah hantu hantu tempatan merujuk kepada pengundi pengundi tempatan yang disusun dalam daftar undi untuk membolihkan mereka mengundi lebih dari sekali.

Penggunaan dakwat kekal hanya akan menghalang mereka dari mengundi lebih dari sekali. Olih itu ianya tidak bolih dilaksanakan dalam PRK ini nanti kerana penggunaannya hanya mengundang padah pada UMNO. 

SPR, sebagai kuda tunggangan UMNO sekali lagi digunakan untuk memaksimakan usaha mereka untuk memenangi PRK nanti.Inilah taktik yang cukup mudah dibaca bakal digunakan dalam PRK P 36 nanti.

Selain itu,sebagai langkah tambahan, SPR juga telah mewartakan 1,035 pengundi pos.Di sinilah bagaimana kita bolih melihat UMNO menerusi SPR menggunakan undi pos sebagai "card" mereka yang terakhir untuk memenangi PRK nanti.Undi pos pasti akan dimanupulasikan untuk memberi kelebihan kepada calon BN/UMNO seperti PRU lalu.Ini merupakan taktik UMNO untuk menang.

Sehubungan dengan itu, petugas petugas PRK PR akan berdepan dengan tugas berat untuk mengenalpasti hantu hantu tempatan ini nanti tetapi paling tidak senarai daftar undi perlu diteliti sehalus halusnya dan dengan menggunakan kaedah perbandingan antara daftar undi yang dibekalkan dengan daftar undi yang disediakan di laman web SPR.Culaan ini amatlah penting kerana sikap UMNO yang licik memerlukan usaha dan gerakkerja yang lcik juga di pihak PR.

Mafrel, sekali lagi digunakan olih SPR dan UMNO untuk menutupi taktik licik mereka.Kehadiaran Mafrel hanyalah sebagai tunggul kayu semata mata dan akan digunakan olih SPR untuk menunjukkan adanya keadilan dalam PRK nanti.Untuk itu,Mafrel disarankan agar tidak berada di pusat mengundi pada hari mengundi kerana kehadiran mereka hanyalah menyemakkan sahaja."


Dikirim oleh asrol pada Tuesday, 16 December 2008 (120 )
(comments? | Score: 0)

 Kerajaan Perak beli kereta Toyota Camry, apa kata Kerajaan Negeri lain ?

Sebelum ini Kerajaan Trengganu di bawah pimpinan Menteri Besar nya Datuk Ahmad Said menjadi 'punching bag' kerana membeli 14 buah Mercedes E200 Kompressor bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Beliau memberi alasan bahawa pembelian itu adalah kerana kos penyenggaraan Proton Perdana V6 terlalu tinggi kerana mudah rosak dan ini merugikan untuk jangka panjang. Beberapa bulan selepas itu....................


..........dalam beberapa hari ini, heboh pasal pembelian kereta baru oleh Kerajaan Perak bagi menggantikan Proton Perdana V6. Nampak nya MB Perak mengikut jejak langkah MB Trengganu. Cuma beza nya MB Perak tak beli Merz tapi nak beli Toyota Camry. Bila di tanya pemberita, MB Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kos membaiki serta menyelenggara Proton Perdana yang begitu tinggi dan sering mengalami kerosakan, alasan yang sama dengan MB Trengganu.

Ketika mengulas isu berkaitan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Manong dan Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) menyifatkan tindakan Kerajaan Perak itu sebagai pengkhianat dan tidak patriotik. (Ini lah masaalah nya, kalau dah masak tak sedap tapi disuruh juga kata sedap.) Habis tu, Kerajaan Trengganu patriotik ke beli Merz ??

Dalam Berita TV3 malam tadi MB Kedah pun ada bayang kan nak beli Toyota Camry. Beliau berkata lebih kurang begini "tengok lah tahun depan macam mana.. kalau ada duit lebih kita beli la.. "

"Yang pasti kami tidak akan membeli Proton (Perdana)." Demikian reaksi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng apabila ditanya mengenai pendirian kerajaan negeri itu ekoran keputusan Perak menggantikan Proton Perdana V6 dengan Toyota Camry. Selain perkhidmatan yang tidak memuaskan, kos penyelenggaraan sebuah Perdana V6 mencecah kos RM30,000 setahun, kata beliau lagi.

Nampak nya semua nya senada dalam memperkatakan tentang mengapa mereka tidak mahu menggunakan Proton Perdana V6.

Pada pendapat aku tindakan dan pendirian Kerajaan Perak ada lah serampang dua mata. Pertama, untuk memberitahu rakyat bahawa Exco BN Perak sebelum ini korup dan menyalahgunakan kuasa bagi tujuan penyelenggaraan. Kedua, menyindir kerajaan BN Terengganu yang memilih kereta Mercedes. Untuk maklumat, Kerajaan Trengganu membeli 14 buah Merz E200 dengan kos RM3.43 juta, manakala Kerajaan Perak pula 16 buah Toyota Camry 2.4 dengan kos RM2.7 juta.

Kalau di beri pilihan, aku memang akan pilih Toyota Camry. Aku tak pernah beli kereta baru. Semua kereta yang aku pernah beli adalah kereta terpakai dan aku tak pernah beli kereta Proton sebab pengalaman kawan kawan yang menggunakan Proton. Mereka beli kereta baru, bukan terpakai macam aku. Banyak sangat masaalah kata mereka. Walau pun masaalah kecil tapi kalau dah kerap, bosan juga.

Aku tak patriotik ??. Patriotik atau tidak bukan hanya bergantung pada kereta sahaja. Pergi tanya pemimpin kerajaan dan bekas pemimpin kerajaan anak beranak, mereka pakai kereta apa??. Anak Tun Mahathir pun pakai Porsche Cayenne. Ada orang pergi rumah terbuka Tun Mahathir sempena Hari Raya Aidilfitri nampak. Rasa nya tak salah kan , sebab itu kereta peribadi dan bukan kereta rasmi. Tak gitu........

Photobucket

Porshe Cayenne Turbo di percayai milik Dato' Mukhriz berpandukan kepada stiker Pemuda UMNO - Lokasi rumah terbuka Tun Mahathir di The Mines Resort City

Dikirim oleh asrol pada Tuesday, 16 December 2008 (183 )
(comments? | Score: 0)

 Sebuah Kubur Yang Besar Sedang Menanti BN di Kuala Terengganu

" Kenyataan yang amat2 pahit untuk ditelan oleh UMNO adalah, MEMANG TIADA CALON YANG LAYAK untuk menggantikan sekujur tubuh arwah Dato' Razali Ismail.

Bayangkan,manusia sehebat arwah yang biasanya menjadi wakil Negara untuk berucap di UNESCO hanya mampu menang dengan UNDI POS dan ditambah secara ironinya lebih kurang 665 undi yang diperolehi oleh  Nenek Maimun, beserta undi-undi yang dibatalkan.

Perjuangan pakatan rakyat ,amat2 memerlukan sokongan semua pihak terutamanya ahli pas dan pakatan rakyat. Kehadiran kita semua ke Kuala Terengganu adalah sangat penting dan saya secara peribadinya merasakan lebih penting dari kehadiran kita ke pilihan raya yang sebelumnya termasuk permatang pauh kerana ini adalah proses pengekalan momentum kemenangan saudara DSAI sebelum ini.

Kemenangan akan memastikan satu lonjakan kredibiliti dan motivasi yang cukup tinggi seolah-olah memenangi sebuah negeri mungkin sebuah negara!

 AYUH PAKAT BERKAMPUNG DI KUALA TERENGGANU , MENANGKAN PAS,MENANGKAN PAKATAN RAKYAT,KUBUR BN TELAH BERMULA DI PERMATANG PAUH DAN KINI SEBUAH KUBUR YANG BESAR SEDANG MENANTI BN DI KUALA TERENGGANU...InsyaAllah PAS MENANG..InsyaAllah DSAI akan menjadi PM ...insyaAllah kita akan mengecap harga petrol RM1.00 shj bila PAKATAN RAKYAT Menjadi kerajaan ..insyaAllah.

"


Dikirim oleh asrol pada Tuesday, 16 December 2008 (121 )
(comments? | Score: 0)

 Polifiksyen: Kerajaan Maya Rakyat

Sila baca di :

http://www.scribd.com/doc/8955387/Polifiksyen-Kerajaan-Maya-Rakyat

Sila download di :
http://www.datafilehost.com/download-d9d33232.html

Dikirim oleh asrol pada Monday, 15 December 2008 (140 )
(comments? | Score: 0)

 Pertandingan Reka Cipta Logo Bagi Bloggers Network @ Malaysia

PERHATIAN!!!

Pertandingan Reka Cipta Logo Bagi Bloggers Network @ Malaysia

Menjemput para bloggers untuk merekacipta satu logo rasmi untuk organisasi Bloggers Network @ Malaysia.

Tarikh Tutup : 25/12/2008

Format : JPEG, GIF, PNG

Saiz : 800  X 600

Hadiah :  TIADA – Hanya jutaan terima kasih dapat kami berikan kepada anda.

Logo hendaklan berasaskan KEBAJIKAN – SETIAKAWAN –  MORAL

Sila emailkan kepada : Blogger Mat Comot di alamat : matcomot@yahoo.com

Laman web : http://go-perak.rentaprevolusi.com

Logo yang dihantar kepada secretariat kami akan diundi di laman web http://go-perak.rentaprevolusi.com

Logo yang terpilih, akan menjadi Logo Rasmi Bagi Bloggers Network @ Malaysia.

Terima Kasih

Harap Maklum



Dikirim oleh asrol pada Monday, 15 December 2008 (275 )
(comments? | Score: 0)

 UMNO/BN UGUT RAKYAT SELANGOR

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor ugut Selangor serah aset air atau naikkan tarif 37%.

Akibatnya. Seramai 1.5 juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mungkin terpaksa membayar kenaikan tarif air sebanyak 37 peratus jika Kerajaan Selangor tidak menyerahkan aset perkhidmatan airnya kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) Mac tahun depan. Inilah tradisi MEMBELASAH RAKYAT OLEH UMNO/BN.

Menteri UMNO itu hari ini memberi jaminan tiada langsung kenaikan tarif air di kawasan-kawasan tersebut pada tahun depan sekiranya aset itu diserahkan.


Ini kerana perjanjian konsesi antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Selangor dan Syabas selama 30 tahun antara 1 Jan 2005 hingga 31 Dis 2034 boleh dibatalkan dan tarif air boleh distrukturkan semula setelah penyerahan aset itu, katanya kepada para pemberita di pejabatnya di sini.

Beliau berkata, aset perkhidmatan air Selangor bernilai RM5.5 bilion termasuk paip utama, loji rawatan serta kawasan tadahan air dan aset itu adalah milik kerajaan Selangor dan empat pemegang konsesi air di negeri itu iaitu Syabas, Puncak Niaga, Splash dan Abas.


Penyerahan aset perkhidmatan air Selangor kepada PAAB di bawah Kementerian Kewangan, bertujuan meringankan beban kewangan pengurusan air di Selangor yang turut membekalkan airnya kepada Kuala Lumpur dan Putrajaya. Shaziman berkata, masalah beban kewangan itu dapat dikurangkan kerana PAAB akan mengambil alih pengurusan aset termasuk bebanan hutang mereka melalui perpindahan aset itu dan kemudian menyewakannya semula kepada Kerajaan Selangor dan pemegang konsesinya pada kadar yang rendah.


Beliau menjelaskan, PAAB boleh mengambil risiko tersebut kerana kadar faedah pinjaman Kerajaan Persekutuan yang rendah dan tempoh bayar balik pinjaman yang fleksibel berbanding dengan kerajaan negeri yang terpaksa membuat pinjaman bank bagi menguruskan aset perkhidmatan air mereka.


Mengikut perjanjian konsesi itu, tarif air di ketiga-tiga kawasan itu sepatutnya dinaikkan sebanyak 37 peratus pada 1 Jan 2009.

Bagaimanapun, Kerajaan Pusat bersetuju untuk memberi kelonggaran sehingga 31 Mac tahun depan untuk membolehkan kerajaan Selangor menyerahkan aset tersebut kepada PAAB.


Jika tidak, Kerajaan Persekutuan tiada pilihan dan terpaksa memenuhi hak Syabas untuk mendapatkan kenaikan tarif itu seperti termaktub dalam perjanjian konsesi.


“Jika tidak, faham-faham sahajalah…kena kurangkan mandi,” katanya secara berseloroh.


Beliau berkata, setakat ini kerajaan Selangor belum menyerahkan aset perkhidmatan airnya kerana ia mahu menstruktur semula tarif airnya terlebih dahulu.


Shaziman berkata, mengikut pengiraan Jabatan Audit Negara, Syabas berhak mendapat kenaikan tarif sebanyak 30 peratus walaupun perjanjian menyatakan 37 peratus kerana syarikat itu telah memenuhi hampir semua syarat untuk menaikkan tarif.


Menteri itu berkata, Melaka akan menjadi negeri pertama menyerahkan aset perkhidmatan airnya kepada PAAB apabila mereka menandatangani perjanjian mengenainya pada 17 Dis ini dan kesannya tiada kenaikan tarif air di Melaka tahun depan.


“Negeri lain juga boleh menikmati jaminan tiada kenaikan tarif air tahun depan jika turut berbuat demikian,” katanya. BERNAMA


* Dengan kenyataan tersebut membuktikan UMNO dan BN lebih IBLIS daripada IBLIS.. Mereka cuba mensabotaj Kerajaan PR dengan memberi tekanan kepada rakyat jelata. Seperti Amerika yang sengaja mengebom rakyat di Iraq pada mula-mula peperangan dahulu tetapi mengatakan salah sasaran... Matlamatnya adalah satu "Peperangan Psikologi".

Mereka merasakan sebagai kerajaan bertanggungjawab (PR) pasti akan mengikut kehendak mereka kerana bimbang nasib rakyat.

Semoga Allah menghancurkan rejim UMNO dan BN... Amin


Dikirim oleh asrol pada Sunday, 14 December 2008 (106 )
(comments? | Score: 0)

 RM3 Billion Wang Royalti Minyak Lesap Terengganu Diseleweng UMNO/BN

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub memandang serius kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said yang mendedahkan bahawa Terengganu tidak menerima wang royalti yang dibayar kepada negeri itu sebanyak RM3 bilion sejak 2004.

Semalam Menteri di JPM, Datuk Amirsham A. Aziz memberi tahu Dewan Rakyat bahawa Petronas telah membayar sebanyak RM7.3 bilion royalti kepada Terengganu semenjak 2004, kata salahuddin dalam satu kenyataan hari ini.

Walau bagaimanapun, Terengganu mendakwa hanya menerima sebanyak RM4.3 bilion sahaja dalam tempoh tersebut.

Dengan pendedahan oleh Menteri Besar Terengganu ini, bermakna sebanyak RM3 bilion telah tiris daripada dana rakyat Terengganu. Itupun, wang sebanyak RM4.3 bilion yang diterima oleh Terengganu adalah melalui Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) atau lebih dikenali sebagai wang ehsan.

Sedangkan, dalam perjanjian Terengganu-Petronas tentang hak petroleum, Terengganu dijanjikan untuk dibayar royalti. Ini bermakna, wang sebanyak RM4.3 bilion ini juga tidak dimiliki secara mutlak oleh Kerajaan Terengganu, sebaliknya oleh Kerajaan Persekutuan, *****a disalurkan kepada Kerajaan Terengganu dan dimasukkan dalam bajet semenjak 2004.

Penyelewengan wang royalti dilakukan oleh Kerajaan BN semenjak 2000 apabila PAS menguasai negeri tersebut, tetapi menteri tidak mendedahkan jumlah royalti yang dibayar kepada Terengganu dalam tempoh tersebut.

Pada 2000 sahaja dijangka RM1 bilion royalti perlu dibayar kepada Terengganu, tetapi dirompak oleh Kerajaan BN di peringkat Pusat dan ditukar menjadi wang ehsan yang diagihkan melalui Umno Terengganu.

Dalam tempoh empat tahun pertama rompakan royalti ini, sebanyak lebih RM4 bilion telah diselewengkan.

Kemudian, apabila Umno menguasai semula Terengganu, dengan peningkatan pengeluaran minyak dan kenaikan harga minyak dunia, jumlah royalti meningkat dua kali ganda kepada RM7.3 bilion sehingga 2007 atau RM157 bilion jumlah sumbangan Terengganu kepada Petronas.

Satu isu yang amat besar di sini ialah penyelewengan wang sebanyak RM3 bilion yang tidak diketahui ke mana dibelanjakan, tidak termasuk lebih RM4 bilion yang diselewengkan antara 2000 hingga 2004. DPP Pusat tidak menerima jika wang RM3 bilion ini dibelanja oleh Kerajaan Pusat untuk pembangunan Terengganu kerana ia adalah milik Terengganu, bukannya milik Pusat.

Lebih membimbangkan lagi jika wang ini diselewengkan oleh menteri besar sebelum ini, Datuk Idris Jusoh. Kerana itu beliau berkeras mahu terus menjadi menteri besar bagi mengelakkan penyelewengan ini didedahkan.

Beliau yang juga Ketua Dewan pemuda PAS Pusat percaya jumlah yang disebut oleh Datuk Ahmad Said sebanyak RM4.3 bilion yang dimasukan dalam bajet Terengganu itu termasuk yang digunakan untuk membina projek membazir di Pulau Wan Man dan Piala Monsun.

Siaran Semula, dipetik dari mppas.wordpress.com


Dikirim oleh asrol pada Sunday, 14 December 2008 (113 )
(comments? | Score: 0)

 Ketepikan Mat Sabu satu kerugian besar

KETUA dan Timbalan Muslimat PAS Pusat menyokong cadangan peribadi Mursyidul Am PAS yang mahu Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dikekalkan menjadi calon dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Ketuanya, Ustazah Nuridah Mohd Salleh berharap pihak PAS harus mengekalkan calon lama (Mohamad Sabu) kerana pilihan raya umum baru saja berlangsung dan tidak salah jika pihak PAS meneruskan calon tersebut. Menurut beliau, jika pihak PAS mahu mengatakan kekalahan yang berlaku di Parlimen Kuala Terengganu itu disebabkan calon orang luar, amat tidak adil kerana Parlimen di Terengganu hanya menang satu kerusi saja iaitu di Marang.

"Banyak kerusi DUN dan Parlimen yang meletakkan calon tempatan pun kalah," luahnya. Sebenarnya kelebihan Mohamad Sabu terbukti bukan sahaja petah berbahas tetapi dapat mematahkan hujah pihak lawan (BN) ketika menjadi Ahli Parlimen dahulu, tegas Nuridah. Beliau meluahkan, sayang jika pihak PAS tidak mengambil kesempatan ini untuk menaikan imej PAS dengan ketrampilan yang ada pada Mohamad Sabu.

Pandangan Nuridah itu disokong oleh Wan Hasrina Wan Hassan yang menegaskan Mohamad Sabu sudah lama berjuang dalam PAS dan mengakui bekas tahanan ISA itu mempunyai kehebatan tersendiri. Katanya, jarang ditemui pimpinan PAS mempunyai keistemewaan seperti Mohamad Sabu kerana ketika menjadi Ahli Parlimen kebolehan atau keistemewaan beliau turut diakui oleh wakil rakyat BN. Beliau yakin Mohamad tidak akan merajuk jika tidak terpilih menjadi calon dalam pilihan raya kecil nanti sebab beliau merupakan seorang pemimpin PAS yang berjiwa besar, bersemangat jihad yang tinggi dan betul-betul ikhlas dalam perjuangan. Sebagai contoh katanya ustaz Hassan Syukri walaupun pernah menjadi Timbalan Presiden PAS dan sekarang tidak mempunyai apa-apa jawatan sekadar ahli Majlis Syura Ulama tetapi beliau tetap terus memberi sumbangan dalam parti. "Kita pasti rugi jika mengenepikan orang veteran daripada sudut perjuangan kerana tenaga pimpinan seperti ini masih amat berguna," tegasnya.

Menurut beliau Mohamad Sabu mempunyai pengalaman yang banyak dalam perjuangan sejak PAS tidak menang kemudian menang dan ketika menang beliau tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam kerajaan tetapi perjuangannya tetap utuh dalam PAS. Sikap ramah dan kemampuan yang ada pada beliau serta kehebatannya menarik pengaruh orang terutama ketika berceramah tidak dimiliki oleh mana- mana pimpinan PAS, katanya. "Beliau boleh mengupas isu dalam bentuk yang mudah bahasa yang diucapkan mudah difahami oleh orang kampung begitu juga golongan intelektual dan beliau boleh menyesuaikan diri dengan mana-mana golongan,"luah Hasrina. Tambah beliau, Mohamad Sabu merupakan pimpinan yang boleh dibawa ke tengah, ke atas, ke tepi, ke bawah dan PAS akan kerugian besar jika mengenepikan pimpinan seperti beliau.

{Hakikatnya memang PAS akan dihimpit rasa sesal tak sudah andai Mat Sabu tidak dikekalkan sebagai calon kali ini. Penilaian calon tidak sepatutnya bersandar kepada sentimen ' tempatan' semata tetapi apa yang menjadi keutamaannya sekarang ialah kemampuan seseorang calon memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat yang diwakili selain berwibawa menonjolkan diri karisma kepemimpinan baik di parlimen dan negeri malah boleh memberi sumbangan besar buat negara.

Andai terpilih dan memenangi PRK K.Terengganu, pastinya dewan rakyat akan menjadi lebih gamat lagi dengan kembalinya jaguh pemidato yang tiada tolok bandingnya. Ini kerana suaranya tentu bakal membuatkan pemimpin-pemimpin BN tidak senang duduk. Masih terkenang lagi nakmarahmarahlah semasa membuat liputan di parlimen, Mat Sabu jelas tak gentar malah kerap kali melakukan provokasi apabila berdepan dengan jaguh-jaguh BN dulu termasuk Anwar sendiri, Najib, Samy Vellu, Liong Sik, Ibrahim Ali, Muhyiddin dan ramai lagi}

Kepada PAS Terengganu..anda adalah penentu kemerdekaan kita dari Rejim UMNO/BN.
Saya akan tuntut hak saya di akhirat kepada pemimpin zalim!!!

Dikirim oleh asrol pada Saturday, 13 December 2008 (138 )
(comments? | Score: 0)

 Kedatangan Datuk Bahaman Ke Kelantan Versi Keturunan Long Gaffar



...Semasa di Hulu Sat @ Machang, Long Mansur (cucunda Baginda Long Gaffar ) banyak menghabiskan masa dengan kegemarannya iaitu menjinakkan gajah yang diambil di Hulu Lebir (Hulu Kelantan). Pada satu masa, ketika baginda berada di sana, datang rombongan Dato’ Bahaman bersama keluarga dan pengikutnya bagi meminta perlindungan di Kelantan setelah melarikan diri dari buruan Inggeris di Pahang. Pemberontakan Dato’ Bahaman di Pahang bermula pada 8 Oktober 1891 selepas beliau dilucutkan jawatan sebagai Orang Kaya Semantan oleh Sultan Ahmad kerana enggan menurut perintah Inggeris yang melarangnya mengutip cukai. Beliau dikatakan telah melarikan diri ke Kelantan pada akhir tahun 1894 selepas gagal dalam pemberontakan tersebut. (Sejarah Darul Iman, m.s 241).


Semasa kejadian peristiwa ini, pemerintahan Kota Bharu bertukar kepada Sultan Mansor. Dato’ Bahaman dikatakan merupakan keluarga Sultan Mansor dan beliau membahasakan Sultan Mansor sebagai “Abang” di dalam percakapannya. Berita kedatangan Dato’ Bahaman ini diketahui oleh Sultan Mansor, lalu beliau datang berjumpa Baginda Long Mansor di Machang bagi memintanya supaya menjaga dan melindungi Dato’ Bahaman dan keluarganya. Baginda Long Mansor pada masa itu tidak terfikir akibat daripada tindakannya itu tadi kepada kesinambungan pemerintahan keturunan Long Ghafar di Kelantan. Tindakan Sultan Mansor tersebut adalah helah beliau bagi mengelakkan dirinya daripada tuduhan melindungi Dato’ Bahaman yang pada masa itu menjadi buruan Inggeris.

Kata Sultan Mansor, “ Pak Do tolong ambil orang kita di Hulu Lebir dan bawa balik ke rumah serta peliharalah”. Long Mansor tidak membantah, lalu tinggallah Dato’ Bahaman bersama keluarga dan pengikutnya di Machang di bawah jagaan Long Mansor. Menurut satu riwayat, beliau tinggal di sana selama 2 _ tahun. Menurut catatan di dalam buku Sejarah Darul Iman (m.s 240) Dato’ Bahaman serta pengikutnya seramai 12 orang telah membuat kediaman di Sungai Ampul, iaitu cawangan daripada Sungai Lebir di Hulu Kelantan pada akhir tahun 1892.

Berita Dato’ Bahaman mendapat perlindungan di Kelantan akhirnya telah diketahui oleh Inggeris, lalu wakil kerajaan Inggeris telah datang ke Kelantan dan berjumpa Sultan Mansor di Kota Bharu meminta supaya menyerahkan “penderhaka” tersebut. Kata Sulltan Mansor, “Kita tidak boleh buat apa-apa kerana kita di bawah takluk Bangkok. Kalau nak selesai dengan mudah minta sendiri pergi ke Bangkok minta kebenaran Raja Siam untuk tangkap keluarga Dato’ Bahaman”. Mereka kemudiannya pergi ke Bangkok bagi meminta keizinan. Raja Siam memerintahkan dengan perintahnya, “Kalau tak dapat Dato’ Bahaman, orang yang beri perlindungan kepada beliau, siapa saja akan menjadi ganti”. Maka terkenalah Baginda Long Mansor dengan tipu muslihat Sultan Mansor.

Orang-orang Inggeris itu kemudiannya kembali semula ke Kelantan bersama-sama dengan askar-askar Siam. Berita kedatangan askar-askar Siam untuk mengambil Dato’ Bahaman itu diketahui oleh Baginda Long Mansor, lalu baginda pergi berjumpa dengan Tengku Chik Tua Machang meminta nasihat. Beliau menasihati Baginda Long Mansor dengan katanya, “ Kita tak boleh lawan Siam, sebab anak kita duduk di Kota Bharu (iaitu Tengku Salleh, anak Long Mansor yang berkahwin dengan anak sultan yang bernama Tengku Tengah atau Tengku Kembang, anak Long Sulong atau Sultan Ahmad)”. Tambahnya lagi, “Jangan lawan Siam sebab seluruh keluarga kita akan dibunuh oleh Siam”.

Selepas itu Baginda Long Mansor balik dan memanggil Dato’ Bahaman mengadap, lalu menceritakan keadaan yang sebenarnya. Kata Dato’ Bahaman, “Kita hanya patuh kepada keturunan raja Melayu yang asal, kita tidak kira siapa yang memerintah, mati pun kita redha, berkhidmat kepada raja Melayu”. Baginda Long Mansor amat bersimpati akan nasib Dato’ Bahaman, lalu memintanya berundur daripada Machang. Terdapat dua cara berudur yang digunakan, iaitu;
1. Keluarga Dato’ Bahaman berundur ke Kuala Berang, Terengganu.
2. Dato’ Bahaman pula, seorang diri pergi ke Menara (Narathiwat).
Pada masa Dato’ Bahaman mengadap Baginda Long Mansor itulah, askar-askar Siam telah mengepong keluarga serta pengikut Dato’ Bahaman di rumah Tengku Deraman di Kampung Kok Kiok di Bukit Bakau, Machang. Berita kepungan itu diketahui oleh Baginda Long Mansor, lalu katanya, “Dato’, keluarga Dato’ telah dikepong oleh askar-askar Siam pada masa maghrib”. Dato’ Bahaman kemudiannya terus pergi untuk menyelamatkan keluarganya yang sedang dikepong. Bersamanya dibawa lembing yang bernama “Beringin” (lembing berupa daun sireh), yang dikatakan mampu untuk memukau orang.

Apabila tiba di sana, lembing tersebut terus dipacakkan ke tanah di hadapan tangga rumah yang dikepong. Akibatnya semua askar Siam yang sedang mengepong itu dipukau dan tidak menyedari apa yang berlaku. Lantas Dato’ Bahaman menyuruh seluruh keluarganya turun dan melarikan diri ke Hulu Terengganu (Kuala Berang). Kemudian, pada malam itu juga Dato’ Bahaman melarikan diri ke Menara. Menurut Buku Darul Iman (m.s. 242), pada November 1895, Dato’ Bahaman, Awang Nong, The Ibrahim, Haji Mat Wahid dan Mat Lela, telah menyerahkan diri kepada orang-orang besar Siam lalu dibawanya ke Siam. Sebenarnya Dato’ Bahaman tidak pernah menyerah diri kepada Siam. Apa yang dilakukan ialah beliau melarikan di ke Menara dan bersembunyi di sana.

Pada pagi keesokannya, askar-askar Siam itu menangkap Baginda Long Mansor dan di bawa ke Kota Bharu. Di sana tiga orang lagi ditangkap iaitu;
1. Pak Nik Ya (penghantar bunga emas).
2. Dato’ Lela Perkasa Lundang.
3. Tuan Tabal.

Keempat-empat orang ini dibawa ke Bangkok sebagai tahanan selama tiga tahun. Apabila genab tiga tahun, tiga orang dihantar pulang ke Kota Bharu, tetapi Baginda Long Mansor dikatakan telah meninggal dunia semasa di dalam tahanan kerana penyakit “orang baik” (barah) dan dikebumikan di Bangkok (ditanam di dalam selut). Sebenarnya Baginda Long Mansor mati dibunuh dan hal ini diceritakan oleh Tok Kancil, iaitu pengawal peribadinya yang bersama-sama baginda semasa dalam tahanan di Bangkok. Menurut ceritanya, kepala baginda disimpan dalam muzium di Bangkok sehingga ke hari ini, bersama-sama dengan kepala Tuan Lebih iaitu Raja Reman.

....berdasarkan catatan ini jelas bahawa Datuk Bahaman tidak mati dibunuh oleh Siam (atas arahan British)...beliau dikatakan muncul semula "lewat" kemunculan Mat Kilau....walaubagaimanapun kumunculan Datuk Bahaman (Tok Guru Peramu) tidak diiktiraf kerajaan khususnya kerajaan Pahang dipercayai atas sebab-sebab berkaitan dengan "tahta" Kesultanan Pahang....lagipun "Tok Guru Peramu" juga enggan mengaku bahawa beliaulah Datuk Bahaman...jadi kisahnya kemudiannya lenyap begitu sahaja....



Dikirim oleh asrol pada Friday, 12 December 2008 (396 )
(comments? | Score: 0)

 Bantuan Persekolahan Anak-Anak Tahanan ISA

Puan Halimah, dari Serting, N.Sembilan bekerja sebagai penjual air soya. Beliau terpaksa membesarkan 7 orang anak dan sebahagian besarnya masih bersekolah. Suami Puan Halimah ditahan sejak tahun 2004 hingga kini. Puan Nolmina dari Sabah mempunyai 6 orang anak. Pendapatan sebagai kerani sebanyak RM500 sebulan terpaksa dicukupkan untuk menyara semua anak-anaknya.

 Suami beliau telah ditahan sejak bulan April tahun 2006 hingga kini. Puan Jobaida dari Sandakan mempunyai 5 orang anak. Ketika suaminya ditahan, beliau sedang mengandung 3 bulan. Kini beliau bekerja sebagai guru Tadika dengan pendapatan RM450 sebulan. Suami beliau ditahan sejak Mac 2006 hingga kini.

 Tidak lama lagi sekolah akan dibuka, GMI bagi pihak keluarga ini merayu sedikit bantuan kewangan dari anda semua untuk meringankan perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka. Bantuan ini akan di kumpulkan dan diserahkan kepada mereka pada minggu akhir bulan Disember ini.

Sebarang derma atau sumbangan boleh disalurkan pada Maybank 162209939776 (Nashita Mohd Noor) Bendahari GMI. No hp Nashita 013-2096373 atau Pn Laila 012-6892608 Maklumat lanjut di

 http://lailagmi.blogspot.com

Dikirim oleh asrol pada Friday, 12 December 2008 (125 )
(comments? | Score: 0)


     Iklan B




















RUANG IKLAN INI BOLEH DISEWA.



     Web Khas



















     TAZKIRAH ONLINE



     Datuk-Datuk Blogger
Datuk Nur Marhaen

Datuk Malaysia Today

Datuk Dr. Abg Raja


Datuk Muhammad Hanif


Datuk Anak Reformasi

Datuk Topeng Perak


Datuk KickDefella

Datuk Jiwo Kelate


Datuk Penarik Beca

Datuk Cucu Mat Kilau


Datuk Bongkar Sauh

Datuk Mat Saman Kati


Datuk Al-Banjari Online


Datuk Ummi Anni

Datuk ApSeReNaPeTe

Datuk Laman Marhaen

Datuk Cenangau

Datuk Pemuda PAS Besut

Datuk Dr. Lo'Lo - MP Setiangwangsa

Dato Husam Musa

Datuk Tauke Zul

Datuk Mimpi Boneka


Datuk No2Umno

Askar Rakyat


Datuk Kulup Sakah

Datuk Harimau Menaip


Datuk Mummy Rokiah

Datuk Joe Rocks

Datuk Laila GMI

Aku OKU


Datuk Zul Penang



     Visit Kelantan









     Web Sedap Baco!!!
Web Panas 2009

Ustaz Rosli Dobi

PRO REFORMASI

Al-Futhuhat

Subuh Day


Tanah Perak

Utara Online .Net

Raktamrittika - Kelate

Shahabudeenjalil.com


Pahang Daily

Pak Amat Star

Kembara Salik

Rohidzir Rais

Buletin Online

My Kemaman

Aura Jihad

My Khilafah


We - Topeng Sakti


Ibnu Hasyim

Perak Daily

Skuad DUN Batu Caves

Jabatan Amal Kelantan

Muslimat PAS Pusat

PAS Kelantan
PAS Pusat
PASTI Kelantan
Pemuda PAS Kelantan
Pemuda PAS Kemahang 1

Pemuda PAS Pasir Mas
Pemuda PAS Pusat
Pemuda PAS Wilayah
Pemuda PAS Tumpat
Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
Pemuda Pengkalan Chepa
PAS Negeri Sembilan
Pemuda PAS N.Sembilan
Dewan Ulama PAS Pahang
NISA Melaka

ANGKATAN MUDA KEADILAN NEGERI JOHOR

DAP (Democratic Action Party)

Parti Keadilan Rakyat

Dato Seri Anwar Ibrahim









KELATEKITO.COM ADALAH SALAH SATU AHLI BLOGGERSNETWORK@MALAYSIA

KOD : D108




www.kelatekito.com
kelate - kelantan - kelantan darul naim - malaysia


PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Generasi halaman: 0.54 detik